Skip to main content

Cubaan eram telur ayam hingga menetas

PARIS 30 Mac - Seniman Perancis, Abraham Poincheval terus bereksperimen apabila berhasrat me­netaskan kira-kira 10 biji telur ayam dalam satu percubaan yang bermula, semalam.

Lelaki berusia 44 tahun itu yang mahir dalam seni persembahan, meniru aksi seekor ibu ayam dengan mengeram telur haiwan ber­kenaan menggunakan suhu badannya di dalam sebuah vivarium sehingga telur terbabit menetas.

Katanya, eksperimen itu dijangka mengambil masa selama 21 hingga 26 hari“Saya secara umumnya akan menjadi seekor ayam,” kata Poincheval, bulan lalu.

Ini merupakan percubaan terbaharu Poincheval selepas tinggal di dalam arca beruang selama dua minggu dan arca batu selama se­minggu, baru-baru ini.

Poincheval berkata, dia mahu mencuba pelbagai konsep masa bagi spesies berbeza dan objek semula jadi dalam pertunjukannya.

Menurutnya, ini kerana cara terbaik untuk memahami sesuatu objek adalah dengan cuba berada di tempat itu, bukan melihatnya dari jauh.

Dalam eksperimen terbaharu Poincheval itu, dia akan duduk di atas sebuah kerusi khas dengan telur yang berada di dalam sebuah bekas diletakkan di bawah kerusi berkenaan.

Berdasarkan perkiraan lelaki itu, dia percaya suhu badannya akan kekal tinggi apabila memakai selimut khas ciptaan artis Korea, Seglui Lee.

Pada masa sama, Poincheval akan makan makanan tertentu seperti halia bagi menaikkan suhu badannya.

Dalam percubaan itu, Poincheval boleh berdiri dan me­ninggalkan vivarium berkenaan tidak lebih 30 minit sehari bagi me­nerima makanan yang akan dibawakan khas kepa­da­nya. – REUTERS

Comments

Popular posts from this blog

Cincau ubat mujarab untuk pesakit darah tinggi?

dicubit hantu

Resepi ayam goreng kuah sate