Dua Jurutera dihantar ke Malta

28 MAC 2017 @ 3:34 PM 


Oleh Baharom Bakar bhkt@bh.com.my 

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menerima tawaran Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Burok) menghantar dua jurutera membaiki dan menilai sistem hidraulik bas ambifia di Malta. 

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau meminta Syed Azman menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) proses penghantaran dua jurutera bagi menilai dan membaiki kerosakan bas berkenaan yang ditempah kerajaan negeri sejak 2015. 

Katanya, bas amfibia dikenali sebagai kenderaan dua alam bernilai RM3 juta seunit ditempah kerajaan negeri sejak 2015 dan sepatutnya dihantar tahun lalu, tetapi proses penghantaran tertangguh berikutan masalah sistem hidraulik.

"Kerajaan negeri bersetuju menerima tawaran Syed Azman yang bersedia dan sanggup mengeluarkan peruntukan menghantar dua jurutera ke Malta, " katanya ketika ditemui selepas sesi rehat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. 

Sementara itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri bercadang mengenakan caj tambahan kepada pelancong yang menginap di hotel dalam usaha meningkatkan ekonomi dan memajukan sektor pelancongan. Katanya, inisiatif untuk mengenakan caj kepada pelancong bukan perkara baharu di negara ini, malah sudah dilaksanakan kerajaan Melaka dan Pulau Pinang yang mengenakan caj warisan di negeri itu. 

"Caj yang akan dikenakan tidak membebankan pelancong dan rendah berbanding kemampuan perbelanjaan mereka kerana hanya sekitar RM1 sehingga RM2 ke atas setiap malam bagi setiap bilik serta bergantung kepada taraf penginapan berkenaan, " katanya ketika menjawab soalan lisan dikemukakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang). Abd Hadi mengemukakan soalan mengenai langkah diambil kerajaan negeri untuk menampung defisit Bajet 2017 sebanyak 10 peratus.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/265106#cxrecs_s

Comments

Popular posts from this blog

Cincau ubat mujarab untuk pesakit darah tinggi?

dicubit hantu

Resepi ayam goreng kuah sate