dicubit hantu

pernah tak korang dicubit hantu??? pastu meninggalkan tanda lebam kat paha korang? atau badan? kaki? ada orang kata tanda2 lebam tu sebab dijilat hantu? macam kat bawah ni?



tetapi bagi para doktor terutama kat barat tu, tanda lebam tu ada penerangannya dari segi ilmu sains. korang baca la yer...

1. Salur Darah

kata doktor, keadaan salur darah yang lemah boleh menyebabkan tanda lebam muncul secara tiba2 kat badan korang. dan selalunya terjadi pada orang tua berumur 50 tahun ke atas. Selain itu, seseorang yang kekurangan kalsium, vitamin c, zat besi dan lain2 akan membuatkan dinding salur darah jadi nipis. oleh itu, senang nak dapat tanda lebam2 ni. oleh itu, jangan lupa amek kalsium dan vitamin c ye.

*penangan cubitan hantu gigi jarang

2. Posisi tidur

satu lagi sebab adalah cara korang tidur tu. pusing sana sini. bengkok sana sini sampaikan salur darah korang tertekan hingga pecah. sedar2 je dapat tanda lebam, terus housemate takut nak masuk bilik korang kononnya hantu tinggal situ. hahahaaa... *ini terjadi kat aku dulu... hehehe...


3. Plasma Darah

Sebab2 lain dapat lebam hantu ni disebabkan keadaan plasma darah yang menyebabkan gangguan proses pembekuan darah bersifat genetik atau keturunan. ini terjadi kerana kehilangan protein dalam plasma tersebut. sering dikaitkan dengan hemofilia. hemofilia ni keadaan yang mana darah keluar dari kulit secara tiba2. *ekkk? nexttttt!

4. Tidur berjalan @ sleepwalking


yang ni pulak sebab bila seseorang tu tidur berjalan, tengah berjalan tu dia terlanggar kerusi ke, meja ke, then dapat lebam. haaaa, ni kena tanya orang yang selalu sleepwalking ni. Sape penah, angkat siku!!

Comments

Popular posts from this blog

Cincau ubat mujarab untuk pesakit darah tinggi?

Resepi ayam goreng kuah sate