Skip to main content

[VIDEO] Runtuhan besar di tebing Gunung Kinabalu


KUNDASANG 21 Okt. - Satu runtuhan besar berlaku di kawasan tebing Gunung Kinabalu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3.15 petang ini.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Leftenan Kol. Mohd. Izaimi Md. Daud berkata, lokasi kejadian tersebut dikenal pasti di Ulu Sungai Masilou 2, Kampung Masilou. Kundasang.
“APM menerima panggilan pada pukul 3.15 petang daripada penduduk Kampung Masilou mengenai runtuhan tersebut.
“Bertindak atas maklumat itu, dua pasukan APM bergegas ke lokasi untuk mengambil keterangan penduduk dan memantau keadaan,” katanya dalam kenyataan di sini petang ini.
Mohd. Izaimi berkata, hasil pemantaun pihaknya mendapati runtuhan berlaku di tebing gunung berkenaan pada kedudukan 1.5 kilometer bersebelahan bekas resort MNR, Stesen Taman Kinabalu Masilou.
Sehubungan itu katanya, anggota APM menasihati penduduk di kampung berkenaan agar tidak panik dengan runtuhan yang berlaku kerana keadaan masih terkawal. - UTUSAN ONLINE 

[VIDEO] Runtuhan besar di tebing Gunung Kinabalu: KUNDASANG 21 Okt. - Satu runtuhan besar berlaku di kawasan tebing Gunung Kinabalu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3.15 petang ini.

Comments

Popular posts from this blog

Cincau ubat mujarab untuk pesakit darah tinggi?

dicubit hantu

Resepi ayam goreng kuah sate