Posts

Showing posts from 2014

meronda-ronda di alam maya... kata2 anda mencerminkan keperibadian anda...

Image
sapa yang tak kenal forum berkenaan kereta nombor 1 di Malaysia... bila ada masa lapang, memang akan selalu baca2 website ni... boleh juga tambah ilmu... ye tak? itu yang bagusnya... tapi yang tak bagus? bila baca komen pembaca kat dalam tu... ada yang membEna... ada yang komen dengan emosi... macam mana jika ada anak kecil yang membaca?? jangan salahkan mereka pula kalau besar nanti jadi tukang maki hamun tersohor di dunia... anak2 muda rosak nanti guru2 pulak disalahkan sebab tak ajar pendidikan moral dan pendidikan agama dengan berkesan... walhal anak2 tiru perangai mak bapak, tiru tukang komen beremosi umbang-ambing, gara2 komen ketika marah, kannnnn... cerita kereta dibawa ke politik... kalau pun tak suka dengan orang itu, orang ini, tak perlu la memaki hamun, mengherdik... korang klik gambar kat bawah ni dan buat penilaian sendiri... mak bapak aku tak pernah ajar memaki orang... http://paultan.org/2014/05/12/datsun-go-panca-june-market-debut-indonesia/#comments setah...

Cincau ubat mujarab untuk pesakit darah tinggi?

Image
banyaknya orang menderita darah tinggi... ubat moden plak mahal harganya... apa kata cuba makan cincau hari2... didapati cincau mengandungi karbohidrat, polifenol, saponin, flavonoid, lemak, vitamin A, B, kalsium dan forfor. kandungan ini la yang membuatnya sesuai untuk pesakit darah tinggi. milo cincau ni pun sedap cincau ni boleh didapati di kedai2 pasar, kedai2 runcit dan halal. satu tiub tu dalam RM1.50 - RM2.50 mengikut kandungan beratnya. dah beli tu, cincang2 sket dan terus masuk ke dalam minuman kegemaran. minuman kurang manis, hidang sejuk2, sedap ok... beberapa hari sebelum berjumpa doktor tu, sila la amalkan meminum cincau ni ok... pastu tengok result, turun ke tak darah tu... Inn sha Allah, turunla ia... cuba la!

Kelebihan air laut garam - sea salt water

Image
Pernah tak masa kecik2 dulu kaki terluka pijak batu kat pantai pastu rasa pedih2 bila kena air laut? kadang2 tu tak sedar pun kaki kita terluka masa mandi laut, tengok2 ehhh, kaki luka la... kenapa bila luka terendam kat air laut, luka cepat kering? haaaa, tiba-tiba tergerak hati untuk menggugel kata kunci sea salt water sebentar tadi. rupa2nya banyak kelebihan jika mengamalkan penggunaan air lautan garam ni untuk membasmi jerawat, rosacea, etc. rosacea tu suatu penyakit yang terjadi kat kulit. cuba anda google keyword 'rosacea'. gambar2 penderita penyakit Rosacea. masa menggugel tu terjumpala satu forum ni berkenaan beberapa orang penderita penyakit ni telah pulih setelah mandi air laut... dan kepada sesape yang ada masalah jerawat tu juga bolehla cuba tips ni... real testimoni yer... air garam ni memang banyak garam mineralnya. mengandungi 80% sodium chloride (digunakan secara meluas dalam bidang perubatan DAN juga masakan, hehee) dan 20% mineral. diperka...

Resepi ayam goreng kuah sate

Image
huhu, arini rajin sket nak memasak... ala, menu bujang je kottt... ringkas dan cepat nak masak, asal boleh ditelan kannn... hehehe... resepi arini ni ayam goreng kuah sate... bahan2nya adalah: - isi ayam (masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, serbuk kayu manis, serbuk cili dan sedikit garam) kemudian perap skejap - kuah sate dalam tin (saya guna brand sunstar) cara masak: 1. goreng isi ayam dalam seminit dua. 2. buang minyak goreng tadi dan tinggalkan dalam sesudu dua dalam kuali. 3. tuang kuah sate dalam tin tu ke dalam kuali dan biarkan mendidih kejap . tengok bawah. 4. akhir sekali, masukkan isi ayam. 5. siappppp! *timun tu sebagai hiasan je yer... bukan sign bio-hazard ke ape mcm kat bawah ni... kawan sabotaj.. masakan aku sedap dan selamat dan akhirnyer, gambar masakan kitorang pada arini... saja nak tayang... hahaha... * sayur kangkung belacan pun hias timun semata2 utk koranggg...

dicubit hantu

Image
pernah tak korang dicubit hantu??? pastu meninggalkan tanda lebam kat paha korang? atau badan? kaki? ada orang kata tanda2 lebam tu sebab dijilat hantu? macam kat bawah ni? tetapi bagi para doktor terutama kat barat tu, tanda lebam tu ada penerangannya dari segi ilmu sains. korang baca la yer... 1. Salur Darah kata doktor, keadaan salur darah yang lemah boleh menyebabkan tanda lebam muncul secara tiba2 kat badan korang. dan selalunya terjadi pada orang tua berumur 50 tahun ke atas. Selain itu, seseorang yang kekurangan kalsium, vitamin c, zat besi dan lain2 akan membuatkan dinding salur darah jadi nipis. oleh itu, senang nak dapat tanda lebam2 ni. oleh itu, jangan lupa amek kalsium dan vitamin c ye. * penangan cubitan hantu gigi jarang 2. Posisi tidur satu lagi sebab adalah cara korang tidur tu. pusing sana sini. bengkok sana sini sampaikan salur darah korang tertekan hingga pecah. sedar2 je dapat tanda lebam, terus housemate takut nak masuk bilik korang kononnya...

Wujud ke orang minum darah ni? ~ Bahagian Ketiga & Terakhir

Image
Sambungan citer pontianak @ vampire semalam... 6. Josephine Rebecca Smith Yang ni plak menyukai darah lelaki tua sebagai makan malamnya. Pada September 2011, dia penah mengigit seorang atuk tua berumur 69 tahun bernama Milton Ellis. Sungguhpun begitu, si Ellis ni ditemui selamat oleh orang awam tetapi si Smith ni ditemui dalam keadaan telanjang, bingung dan berlumuran darah di sebuah restoran kosong. last2 penjara setahun. 7. Jonathon Sharkey Seorang ahli politik US yang menganggap dirinya sebagai pontianak dan mendakwa pertama kali minum darah ketika umurnya baru 5 tahun. Kini, bagi memenuhi ketagihannya, dia akan minum darah isterinya 2 kali seminggu. Nasib baikla dia gagal menjadi senator di New Jersey, Indiana dan Florida. kalau tak, makin banyakla golongan manusia mengaku pontianak ni.  * ehhhh, kat mesia ade tak yg ngaku dirinya pontianak??

Wujud ke orang minum darah ni? ~ Bahagian Kedua

Image
ni sambungan yang semalam yer... 3. Lia Benninghoff dan Aro Draven Gilerrrrr, pasangan boiprend gepren dari Suffolk ini minum darah masing2 tau... setiap minggu plak tu... si Lia ni baru berumur 20 tahun. Berjinak2 minum darah ni apabila berkenalan ngan boipren dia si Aro yang umur dah 38 taun. Caranya dengan dia sia sket kulit dia dan bagi darah dia tu kat Lia. Sejak tu Lia ketagih kononnya pas minum dia dapat tenaga yang luarr biasa, huhu... 4. Pontianak Turki Pemuda ni ntahla sapa nama dia. Ala2 pelakon Twighlight Saga kot rupanya * tak penah tgk pun citer ni, nampak kat iklan je. Dia ni asal Turki, umur 23 tahun, asalnya suka sangat hiris2 lengan dia la, perut dia la, dan dadanya sendiri * euuuuuu, ngilu rasa . haaaaa, time berdarah tu la dia takung dalam cawan dan minum. sanggup plak tu gi bank darah kalau rasa tak puas minum darah sendiri! yang ngeri tu plak, dia pernah didapati menyerang orang awam dengan menikan dan mengigit untuk mendapatkan darah. ta...

Wujud ke orang minum darah ni?

Image
Betul ke ada manusia yang minum darah ala2 vampire tu? haaaa, tengok dan baca kat bawah ni! 1. Si Michelle Seorang wanita berusia 29 tahun ini berasal daripada California. Walaupun darah yang diminumnya hanyalah darah khinzir, penggemar tatu ini sangatlah pemarah dan takkan kuar rumah jika tak meminum darah. sehari minum 1 liter * ko mampu??!! . Dulu, kira2 10 tahun silam, dia paling kurang minum 3.785 liter darah hokeyyy. Semuanya untuk mendapatkan energy * katanyer .. 2. Julia Caples Ok, yang ni wanita berumur 45 tahun berasal dari Wilkes Barre, Pennsylvania. Suka minum darah sejak zaman remaja lagi. Baginya, meminum darah akan membuat dirinya kelihatan cantik dan kuat. Adalah dalam sebulan, 2 liter darah yang dia minum. Biasalah omputih, cium2 tu budaya dia. Masa dia remaja, time nak first kiss tu tiba2 dia terdorong nak geget dia punya boiprend. Nahh kauu! sampai ke tua ketagih minum darah! 3. haaaa, sambung besok... hehehhe

Panggilan hangit paling shiokkknyierrrr

Image
Haloooo, di entry yang pertama2 ni ditambah dengan cuasa sejuk2 dek ujan di pagi sabtu ni, saya nak kongsi satu panggilan hangit yang paling shiok dan sesuai untuk sesape yang tengah bosan atau tengah tensen sebab terpaksa kerja di hari sabtu ni... selamat menikmati!!