Posts

Pasport Singapura paling berkuasa, Malaysia keenam

Image
SINGAPURA – Negara kecil, Singapura kini memiliki pasport paling berkuasa di dunia dengan rakyatnya boleh melawat paling banyak negara tanpa memerlukan visa, demikian menurut senarai kedudukan baharu Indeks Pasport. Senarai itu dibangunkan oleh firma perunding global, Arton Capital. GAMBAR menunjukkan sekeping pasport Singapura. “Buat pertama kali, sebuah negara Asia mempunyai pasport yang paling berkuasa di dunia,” kata pengarah urusan pejabat Arton Capital di Singapura, Philippe May dalam satu kenyataan. Indeks Pasport yang memantau kebolehgunaan dokumen tersebut me­nyatakan, Singapura merampas tempat teratas selepas Paraguay membatalkan halangan terhadap rakyat pulau itu. Perkembangan itu bermakna kira-kira 3.4 juta pemegang pasport Singapura boleh melakukan perjalanan ke 159 buah negara sama ada tanpa visa atau mendapatkannya selepas ketibaan mereka. Jerman berada di tempat kedua de­ngan rakyatnya boleh mengunjungi 158 negara tanpa visa, manakala Sweden dan Korea S...

[VIDEO] Runtuhan besar di tebing Gunung Kinabalu

Image
KUNDASANG 21 Okt. - Satu runtuhan besar berlaku di kawasan tebing Gunung Kinabalu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3.15 petang ini. Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Leftenan Kol. Mohd. Izaimi Md. Daud berkata, lokasi kejadian tersebut dikenal pasti di Ulu Sungai Masilou 2, Kampung Masilou. Kundasang. “APM menerima panggilan pada pukul 3.15 petang daripada penduduk Kampung Masilou mengenai runtuhan tersebut. “Bertindak atas maklumat itu, dua pasukan APM bergegas ke lokasi untuk mengambil keterangan penduduk dan memantau keadaan,” katanya dalam kenyataan di sini petang ini. Mohd. Izaimi berkata, hasil pemantaun pihaknya mendapati runtuhan berlaku di tebing gunung berkenaan pada kedudukan 1.5 kilometer bersebelahan bekas resort MNR, Stesen Taman Kinabalu Masilou. Sehubungan itu katanya, anggota APM menasihati penduduk di kampung berkenaan agar tidak panik dengan runtuhan yang berlaku kerana keadaan masih terkawal. - UTUSAN ONLINE...

Lazada TV diperkenalkan

Image
Lazada TV diperkenalkan : KUALA LUMPUR 22 Mei – Lazada Malaysia memperkenalkan saluran perdagangan sosialnya yang tersendiri, Lazada Televisyen (TV) yang dilancarkan pada 19 Mei lalu.

KalamSat satelit paling kecil di dunia

KalamSat satelit paling kecil di dunia : MUMBAI 17 Mei – Seorang remaja India yang baru berusia 18 tahun mencipta sebuah satelit yang di­percayai paling kecil di dunia yang akan dilancarkan di tapak pelancaran Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) di Amerika Syarikat pada bulan depan.

Festival Kebudayaan Antarabangsa Universiti Limkokwing himpun 102 negara

Festival Kebudayaan Antarabangsa Universiti Limkokwing himpun 102 negara : CYBERJAYA 4 Mei - Festival Kebudayaan Antarabangsa Universiti Limkokwing yang menghimpunkan kebudayaan lebih dari 100 negara berlangsung meriah dengan kehadiran Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.

Ambil peluang akses bebas visa melancong ke Taiwan

Image
Ambil peluang akses bebas visa melancong ke Taiwan : HUALIEN, Taiwan 17 April - Rakyat Malaysia disarankan untuk mengambil peluang akses bebas visa melawat ke Taiwan untuk melancong ke negara itu.