NEW DELHI: Semua universiti awam (UA) di Malaysia yang menawarkan kursus perubatan, pergigian dan farmasi akan menawarkan lima peratus tempat kepada pelajar asing mulai pengambilan pada September tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu dibuat selaras hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan pendidikan di institut pengajian tinggi awam. Katanya, dengan keputusan itu UA yang menawarkan tiga kursus berkenaan boleh menawarkan lima peratus tempat kepada pelajar asing. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, pelajar asing yang ingin memasuki UA akan dikenakan yuran mengikut harga pasaran dan bukan yuran bersubsidi yang dinikmati pelajar Malaysia. Difahamkan, purata yuran dikenakan universiti swasta untuk kursus perubatan di Malaysia ialah di antara RM300,000 hingga RM800,000, berbanding pelajar UA yang hanya dikenakan 10 peratus daripada jumlah itu. "Keputusan ini diambil kerana kita sudah ada lebihan doktor, malah lebih daripada mencukupi untuk keper...